X

Kindly register in order to view this article
!

Azmin minta gambar bersama Tun M tidak dipolitikkan

Dari kiri, Dr Mahathir, Mohamed Azmin Ali dan Mohd Radzi Md Jidin berjalan masuk menuju ke ruang solat utama Masjid Putra untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di Putrajaya, kelmarin. - Foto Facebook Saya Sayang Dr Mahathir
A
A

PADANG SERAI - Penyebaran gambar bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Solat Aidiladha di Masjid Putra baru-baru ini tidak harus dipolitikkan.

Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebagai individu lebih muda beliau bertanggungjawab untuk bertemu dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada beliau.

"Kita orang Islam orang Melayu rakyat Malaysia bukan bersengketa dan bermusuh sehingga dendam antara satu sama. Itu tidak elok walaupun mungkin pandangan berbeza.

"Ketika di masjid terutama pada Hari Raya Aidiladha, sudah tentunya sebagai seorang yang lebih muda dari Dr Mahathir, saya bertanggungjawab untuk bertemu dan bertanya khabar," katanya selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara Peringkat Negeri Kedah di Dewan Taman Mahsuri, Padang Serai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada akan berbaik semula dengan Dr Mahathir susulan penyebaran gambar kedua tokoh berkenaan dalam di sebuah masjid baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tertanya-tanya berkaitan isu itu dan selain memberitahu tidak perlu dibangkitkan dan dipolitikkan.

"Mengapa itu juga harus disinggung dan dipolitikkan. Saya menghormati Dr Mahathir. Mungkin pendekatan kami berbeza beberapa bulan ini tetapi sebagai anak muda saya hormati beliau sebagai tokoh dalam negara kita," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!