X

Kindly register in order to view this article
!

PKPP: 1,096 lokasi diperiksa, 18 dikompaun di Pahang

Abdul Jalil Hassan
A
A

KUANTAN - Seramai 18 individu dan 17 premis dikenakan kompaun semalam selepas pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri Pahang, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, sebanyak 1,096 lokasi diperiksa membabitkan 645 premis, kilang dan bank selain tempat awam iaitu Terminal Sentral Kuantan, perhentian bas dan teksi.

Beliau berkata, beberapa pasukan ditugaskan memantau kawasan awam, premis perniagaan, pasar, tempat ibadah dan kawasan pembinaan.

"Bermula Ogos pemantauan dan pemeriksaan telah dijalankan oleh pasukan khas task force di lokasi-lokasi awam bagi pemantauan pemakaian pelitup muka dan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

"Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan pihak kerajaan demi kebaikan bersama," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!