Bersatu Sabah wujud kerana ada pembelot: Mohamed Khaled

Kenyataan Mohamed Khaled menerusi Facebooknya malam tadi.
Kenyataan Mohamed Khaled menerusi Facebooknya malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO yakin akan terus mendapat sokongan akar umbi di Sabah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah wujud kerana adanya kumpulan pembelot.

"Dia dengan parti dia, kita dengan parti kita. Wujud Bersatu di Sabah kerana kumpulan pembelot. UMNO akan terus dapat sokongan akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya malam tadi.

Bekas Menteri Besar Johor itu mengulas kenyataan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyatakan parti itu bersedia bertanding di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sabah: Bersatu sedia tanding 45 kerusi

Katanya, Bersatu Sabah akan mengemukakan calon berwibawa, mempunyai kredibiliti dan boleh memenangi kerusi yang bakal ditandingi pada PRN itu.

Hajiji juga berkata, Bersatu Sabah bersedia berbincang dengan parti Perikatan Nasional (PN), UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Sabah bertujuan memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

Artikel Berkaitan: