Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf sumbang 24 lembu korban

Proses melapah daging dilakukan secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada penduduk.
Proses melapah daging dilakukan secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada penduduk.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf menyampaikan sumbangan sebanyak 200 bungkusan daging korban kepada golongan memerlukan khususnya B40 di sekitar kawasan Segambut.

Menerusi program berkenaan, Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf menyumbangkan 24 ekor lembu secara keseluruhan untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan terlibat.

Ahli Majlisnya, Adam Radlan berkata, menerusi program tahunan itu, pihaknya perlu membuat beberapa perubahan bagi memastikan penganjurannya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

"Lembu-lembu ini telah disembelih di pusat sembelihan sekitar Shah Alam dan kemudiannya dibawa ke Segambut untuk dilapah secara bergotong-royong.

"Kemudiannya, barulah ia diagihkan menerusi wakil daripada lapan cawangan penduduk sekitar Segambut," katanya.

Sebanyak 200 bungkusan daging diagihkan kepada penduduk sekitar Segambut menerusi program berkenaan.
Sebanyak 200 bungkusan daging diagihkan kepada penduduk sekitar Segambut menerusi program berkenaan.

Dalam pada itu, penganjuran program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Desa Sri Hartamas.

Difahamkan, seramai 45 orang peserta terdiri daripada anggota JBPM dan ahli yayasan terlibat dalam proses melapah daging lembu yang diagihkan tersebut.

Artikel Berkaitan: