X

Kindly register in order to view this article
!

26 Individu dikompaun gagal pakai pelitup muka

Antara yang dikompaun kerana tidak memakai pelitup separuh muka menerusi operasi Task Force Covid- 19 di Pantai Batu Layar petang tadi. - Foto IPD Kota Tinggi
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 26 kompaun dikeluarkan terhadap orang awam di Kota Tinggi kerana gagal memakai pelitup muka yang diwajibkan oleh kerajaan bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kompaun itu dikeluarkan susulan operasi dijalankan di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai dekat sini.

“Kesemua mereka didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Operasi Task Force Covid-19 di Pantai Batu Layar Kota Tinggi petang tadi.  - Foto IPD Kota Tinggi
Operasi Task Force Covid-19 di Pantai Batu Layar Kota Tinggi petang tadi. - Foto IPD Kota Tinggi

“Mereka dimaklumkan mengenai kesalahan itu dan kompaun bernilai RM1,000 diberikan mengikut Perkara 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(No 7) 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hussin, polis memberi amaran keras malah tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar SOP berkenaan.

Pemakaian pelitup separuh muka adalah diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos berikutan kerajaan menyedari terdapat trend peningkatan jangkitan kes Covid-19 dalam kalangan rakyat, selain berkurangnya pematuhan orang awam terhadap SOP ditetapkan.

Keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka itu diumumkan Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Julai lalu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus