RedONE teruskan CSR laksana ibadah korban ikut SOP

Tujuh bahagian bagi seekor lembu yang dikorbankan telah siap dibahagi dan diserahkan kepada rakan niaga redONE untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
Tujuh bahagian bagi seekor lembu yang dikorbankan telah siap dibahagi dan diserahkan kepada rakan niaga redONE untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Syarikat telekomunikasi redONE tampil dengan kelainan dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat dengan melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

Jika sebelum ini, program ibadah korban redONE bersama rakan niaga dimeriahkan dengan kunjungan orang ramai, kali ini dihadkan kepada 20 individu sahaja selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan kerajaan.

Timbalan Pengurus Jualan redONE Terengganu, Mohd Hashrul Shahirman Abd Hashim berkata, redONE bersama rakan niaga meneruskan ibadah korban mengikut norma baharu.

Proses menyembelih lembu sempena program ibadah korban redONE bersama rakan niaga hari ini.
Proses menyembelih lembu sempena program ibadah korban redONE bersama rakan niaga hari ini.

“Ibadah korban kali ini memerlukan penjarakkan fizikal dan mereka yang datang untuk menyaksikan ibadah korban juga dihadkan,” katanya ketika ditemui mewakili Pengarah Jualan redONE Wilayah Timur, Steven Yong di Kampung Pulau Ketam di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak dua ekor lembu dikorbankan di Kampung Pulau Ketam di sini dan dibahagikan kepada 14 bahagian untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

Mohd Hashrul Shahirman (kanan) melihat proses melapah daging lembu yang dikorbankan sempena Aidiladha kali ini.
Mohd Hashrul Shahirman (kanan) melihat proses melapah daging lembu yang dikorbankan sempena Aidiladha kali ini.

“Tahun ini masuk tahun keenam redONE melaksanakan ibadah korban bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat. Kali ini ia turut disertai oleh rakan niaga dari Kemaman dan Besut.

Artikel Berkaitan:

“Kita bahagikan daging ini kepada 12 bahagian untuk rakan niaga manakala dua bahagian lagi diserahkan kepada ahli jawatankuasa (AJK) masjid di sini untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Ibadah korban redONE disempurnakan di Kampung Pulau Ketam, Kuala Terengganu, hari ini.
Ibadah korban redONE disempurnakan di Kampung Pulau Ketam, Kuala Terengganu, hari ini.

Sementara itu, mengulas tawaran terbaru daripada redONE, Mohd Hashrul Shahirman berkata, redONE yang membawa slogan 'Back to basics' dan 'Postpaid paling jimat' membawakan pelan pasca bayar terbaru Amazing 38 dengan data 33GB dan Amazing 58 (60GB).

"Selain itu, redONE juga menyediakan pelan istimewa kepada pelanggan dengan setiap pendaftaran pasca bayar redone FC58, pelanggan boleh memiliki jersi original Terengganu Fotball Club (TFC) secara percuma yang akan dilancarkan pada pada 3 Ogos ini," katanya.