Malaysia, Singapura sediakan butiran RGL, PCA

No Image Caption
A
A
A

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura hari ini menerbitkan syarat, protokol kesihatan dan proses permohonan berhubung skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Menerusi pelaksanaan RGL, ia membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara kedua-dua negara.

Skim PCA pula akan membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja.

Bagi kedua-dua skim itu, rakyat Malaysia dan Singapura yang memenuhi syarat perlu mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam Covid-19 yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara termasuk menjalani ujian calitan Reaksi Rantai Polimerase (PCR).

Selepas tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut di negara di mana mereka bekerja, mereka boleh pulang ke tanah air masing-masing untuk cuti jangka pendek.

Mereka kemudian boleh kembali ke negara di mana mereka bekerja untuk meneruskan pekerjaan bagi tempoh sekurang-kurangnya lagi tiga bulan berturut-turut.

Untuk maklumat terperinci, rakyat Malaysia dan Singapura boleh mengakses pautan yang disediakan Jabatan Imigresen Malaysian dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura di laman web masing-masing.

Berikut adalah pautan tersebut:

Artikel Berkaitan:

Perjanjian rentas sempadan Malaysia - Singapore

Requirements & Process

Overview