X

Kindly register in order to view this article
!

Saringan aktif sebabkan jumlah kes Covid-19 tinggi di Sarawak

Jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi di Sarawak dilaporkan pada 28 Julai disebabkan aktiviti saringan secara aktif selama dua hari berturut-turut. - Foto 123RF
A
A

KUCHING - Jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) yang tinggi di Sarawak dilaporkan pada 28 Julai disebabkan aktiviti saringan secara aktif selama dua hari berturut-turut oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching di kluster di bahagian itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr Chin Zin Hing berkata, hasil aktiviti pada 26 dan 27 Julai itu, ramai orang awam dalam kalangan mereka yang dikenal pasti mengambil ujian swab dan terdapat sebilangan daripada mereka dikesan positif Covid-19.

"Jabatan juga sudah sedia maklum tentang aduan terdapatnya individu yang dirujuk dan dimasukkan ke hospital serta dikaitkan dengan kes positif Covid-19.

"Tetapi ia tidak diambil kira sebagai kes seperti yang dilaporkan kepada JPBN (Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri) oleh JKNS," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong Wui Wui di media sosial semalam yang mempersoalkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi pada 28 Julai, selain dakwaan ada kenalannya yang positif penyakit itu tidak dimasukkan dalam statistik jabatan berkenaan.

Menurut Dr Zin Hing, mereka disyaki positif penyakit itu tidak akan dikira tetapi akan melalui proses ujian saringan ulangan bagi mendapatkan keputusan sebenar status mereka dan diasingkan daripada pesakit lain di hospital terlebih dahulu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!