Indonesia rekod 1,560 kes baharu Covid-19

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini berjumlah 109,936.
Kes positif Covid-19 di Indonesia kini berjumlah 109,936.
A
A
A

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia kini berjumlah 109,936 kes setelah 1,560 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 57,816 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 62 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,193 orang.

Dalam tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan kes positif baharu tertinggi iaitu 368 kes, diikuti Jawa Timur (235), Jawa Tengah (143) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Bagi tempoh berkenaan juga, 21 lagi kematian berlaku di Jawa Timur, manakala di Jawa Barat sebanyak 13 kematian, Jakarta (12 kematian) dan selebihnya di wilayah lain.- Bernama

Artikel Berkaitan: