X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita mengandung antara tujuh PATI ditahan

Foto: 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan tujuh pendatang tanpa izin warga Indonesia termasuk wanita mengandung di pesisiran pantai Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Kem Terendak Melaka dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kesemua individu berusia 20 hingga 53 tahun itu ditahan pada 4 pagi tadi oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) ketika menjalankan Op Benteng.

“Anggota petugas di Pos Pemerhati, Kompeni A, 1 RRD telah mengesan bunyi bot dan melihat isyarat kelipan lampu sebanyak dua kali dari arah bot ke pantai. Kelihatan kelibat pergerakan orang keluar dari arah hutan menuju ke bot yang berada 100 meter dari pantai tersebut.

“Tim Quick Reaction Force (QRF) membuat tangkapan terhadap lima lelaki dan dua perempuan termasuk wanita yang sedang sarat hamil dengan usia kandungan tujuh bulan dipercayai ingin menyusup keluar dari Malaysia," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, hasil keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM15,512.50 melibatkan 15 buah telefon pintar pelbagai jenama dan wang tunai RM6,933.50 serta 6.9 Juta Rupiah (RM2,002).

Kesemua individu yang ditahan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!