Pelitup muka: Jangan salahkan ketegasan kerajaan

Takiyuddin (dua dari kanan) menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di Kota Bharu hari ini.
Takiyuddin (dua dari kanan) menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima di Kota Bharu hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Rakyat Malaysia diminta tidak menyalahkan kerajaan kerana mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ketegasan kerajaan itu adalah demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia dalam menangani wabak Covid-19 yang masih belum berakhir.

Menurutnya, individu yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Perintah ini terpakai kepada sesiapa sahaja ketika berada di kawasan awam termasuk di pasar raya dan kawasan tumpuan sebagaimana digariskan kementerian untuk mengelak wabak Covid-19 merebak dan berlaku pengulangan kes.

"Saya melihat ketegasan kerajaan kena pada tempat demi kepentingan awam. Kita tidak akan kompromi.

'Kita tidak ada jalan lain dan saya berharap rakyat memahami serta tidak menyalahkan kerajaan apabila kita kuat kuasakan peraturan itu," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan daging korban Parlimen Kota Bharu di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: