20 dikompaun tak pakai pelitup muka

Antara yang dikesan tidak memakai pelitup muka di Hentian Rehat dan Rawat BORR.
Antara yang dikesan tidak memakai pelitup muka di Hentian Rehat dan Rawat BORR.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seramai 20 individu yang berkumpul di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (Borr) di Bagan Ajam antara yang terawal dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka dikesan melakukan kesalahan itu kira-kira jam 1.50 pagi oleh sepasukan polis yang melakukan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menurutnya, mereka juga didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di lokasi itu.

"Kesemua mereka dimaklumkan mengenai kesalahan itu sebelum kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan mengikut Perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No 7) 2020," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, polis tidak akan berkompromi dengan individu yang gagal mematuhi SOP selain pemantauan penggunaan pelitup muka.

Artikel Berkaitan: