Suhu Australia Selatan pecah rekod

Suhu di Australia Selatan mencecah rekod tertinggi.
Suhu di Australia Selatan mencecah rekod tertinggi.
A
A
A

CANBERRA - AUSTRALIA. Suhu di Australia Selatan telah mencecah 49 darjah Celsius pada Khamis.

Biro Meteorologi merekodkan suhu 49.5 darjah Celsius di utara Adelaide manakala suhu di bandar itu mencapai 47.7 darjah Celsius, memecahkan rekod paling tinggi sejak 1939.

Lebih 13 bandar di seluruh Australia Selatan masing-masing telah memecahkan rekod haba mereka.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan negara melaporkan seramai 44 telah menerima rawatan kecemasan berkaitan dengan strok haba dalam tempoh 24 jam lalu.

"Jangan lupa pantau warga emas, saudara, jiran dan mereka yang kurang sihat," kata perkhidmatan itu menerusi Twitter.

Pihak berkuasa keselamatan juga terpaksa mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya mengelakkan sentuhan dengan ratusan kelawar yang alami tekanan haba di kawasan taman awam.

Selain itu, lebih 50 kuda liar terpaksa dimusnahkan selepas 90 ditemui mati atau tidak bermaya berhampiran kawasan air kering yang mana gambar itu turut menjadi tular di media sosial pada awal minggu lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: