X

Kindly register in order to view this article
!

Guna istilah penjarakan fizikal untuk Covid-19

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal.

Penggunaan istilah penjarakan fizikal merujuk kepada orang ramai perlu mengamalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter yang perlu dipatuhi dalam kebiasaan baharu.

"Istilah penjarakan sosial kini diganti dengan penjarakan fizikal," menurut KKM menerusi Twitter.

Selain itu orang ramai perlu mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

Setakat semalam, terdapat lapan kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 8,964 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 223 kes. -Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!