4 tahun lalu saya makcik tak yakin diri: Noryn Aziz

Noryn Aziz
Noryn Aziz
A
A
A

DALAM kegigihan membesarkan anak tunggal, penyanyi terkenal, Noryn Aziz mengakui dia pernah hilang rasa keyakinan terhadap diri sendiri.

Meskipun begitu, Noryn kini sudah sedar dan menghargai bakat yang telah dikurniakan kepadanya.

No Image Caption

"Empat tahun lalu saya merupakan makcik-makcik yang tak ada keyakinan diri, saya lupa untuk self love! untuk menjadi ibu buat Umar yang sangat bijak membuatkan saya sedar.

"Saya mesti bangkit dan bijak, kuat serta bakat yang ALLAH berikan ini mesti saya hargai. Menjadi manusia berguna kepada diri sendiri, anak dan yang memerlukan, kerana diri ini amat berharga.

"Go superwoman go take care of yourself, Self love sangat penting untuk orang yang kita sayang dan menyayangi diri dengan ikhlas. Niat mesti benar for the sake of Almighty," katanya seperti dilaporkan mStar Online.

Artikel Berkaitan: