UMNO Selangor terus perkasa Muafakat Nasional

Noh (kanan) berkunjung ke rumah Hashim yang kini terlantar akibat strok sejak Oktober tahun lalu.
Noh (kanan) berkunjung ke rumah Hashim yang kini terlantar akibat strok sejak Oktober tahun lalu.
A
A
A

TANJONG KARANG - UMNO Selangor akan terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas dan komponen Barisan Nasional (BN) lain sebagai gabungan politik di negeri ini.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, kerja gerakan parti itu di negeri ini memberi tumpuan dalam usaha memperkukuh kerjasama dengan MN.

Bagaimanapun, katanya, sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN bagi menubuhkan kerajaan Persekutuan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di beberapa negeri bagi pembentukan kerajaan.

"Ertinya dari gerak kerja parti di Selangor ini, kita akan perkuatkan di bawah MN dan untuk kerajaan Persekutuan di bawah PN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media selepas mengadakan Ziarah Kasih di rumah Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Hashim Zakaria, yang kini terlantar akibat strok sejak Oktober tahun lalu.

Terdahulu, Noh turut menyampaikan sumbangan 40 tan baja organik kepada petani yang mengusahakan tanaman kontan di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Lorong Rambutan Parit 2 Ban Kanal di sini hari ini.

Ditanya berhubung keputusan UMNO yang tidak menyertai PN, sebaliknya akan memperkasakan MN bersama PAS dan komponen BN, Noh berkata, beliau akur dan sentiasa menunggu apa sahaja arahan daripada pucuk tertinggi pimpinan parti berhubung keadaan situasi politik semasa.

"Buat masa ini di Parlimen saya tetap pertahankan PN dan sebagai pemimpin parti (di Selangor), saya terus mengadakan kerjasama dengan MN," katanya.

Artikel Berkaitan: