JPV Pahang keluar 1,588 permit sembelih ternakan korban

Sebanyak 1,588 permohonan permit sembelihan ternakan korban telah dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang sempena Aidiladha, esok.
Sebanyak 1,588 permohonan permit sembelihan ternakan korban telah dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang sempena Aidiladha, esok.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 1,588 permohonan permit sembelihan ternakan korban dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang sempena Aidiladha, esok.

Pengarahnya, Dr Kamaliah Ghazali berkata, pengeluaran permit itu membabitkan penyembelihan 3,151 lembu, 194 kerbau, 52 kambing dan tujuh biri-biri.

Susulan itu, sebanyak 972 premis diberi kebenaran untuk mengadakan ibadah korban atau sembelihan.

"Premis yang dibenarkan ialah rumah sembelihan milik JPV, rumah sembelihan swasta yang dilesenkan, masjid, surau serta kandang atau tempat yang mempunyai kemudahan sembelihan haiwan.

"Jadi, pihak kita berharap premis yang sudah dapat kebenaran perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) terutama membabitkan keluasan tempat penyembelihan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, seramai 24 pegawai JPV Pahang akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan daging disetiap tempat sembelihan yang memiliki permit.

Katanya, Pegawai JPV juga akan memberi cadangan dan nasihat sepanjang ibadah korban dilakukan.

Dalam pada itu, Dr Kamaliah berkata, pihaknya berharap pelaksanaan ibadah korban pada Aidiladha esok tidak mengenepikan aspek kebajikan haiwan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, penganjur perlu menyediakan air dan makanan kepada haiwan terbabit sebelum disembelih.

"Pastikan ikatan tidak terlalu kuat hingga menyebabkan kecederaan," katanya.