Kes positif Covid-19 kembali satu angka

Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes positif koronavirus (Covid-19) kembali kepada satu angka iaitu sebanyak lapan kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di negara ini kini 8,964 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada lapan kes baharu itu, tiga adalah kes import melibatkan dua warganegara dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

"Tiga kes import tersebut adalah dari negara Kazakhstan (satu kes di Selangor); Indonesia (satu kes di Kedah) dan Filipina (satu kes di Sabah)," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

MENYUSUL

Artikel Berkaitan: