X

Kindly register in order to view this article
!

Rombongan Musa Aman tak dibenar masuk Istana Negeri

Paparan skrin video rombongan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak dibenarkan masuk ke Istana Negeri, di sini.
A
A

KOTA KINABALU - Konvoi hampir 10 buah kenderaan yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan rombongan ke Istana Negeri untuk mengadap Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin tidak dapat meneruskan perjalanan selepas laluan ke istana di Bulatan Nanas itu ditutup pihak berkuasa.

Konvoi yang dipercayai membawa 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Musa berkenaan tiba di laluan masuk ke istana itu kira-kira jam 3.50 petang.

Peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad kelihatan keluar daripada salah satu kenderaan konvoi 33 ADUN yang sudah membuat akuan sumpah untuk menyokong Musa bagi membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti politik, untuk menemui anggota pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: TYT perkenan bubar DUN, PRN Sabah dalam tempoh 60 hari

DUN Sabah dibubarkan: Shafie Apdal

Pilihan raya tidak perlu: Musa Aman

Meskipun hujan ketika ini, kenderaan membawa rombongan Musa itu dilihat masih beratur di kawasan tersebut, dan difahamkan pihak istana belum memberi kebenaran masuk.

Suasana di pintu masuk terkawal dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji turut kelihatan memantau keselamatan di situ.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Bagaimanapun, Musa ketika mengulas perkembangan terbaharu itu berpendapat pembubaran DUN Sabah adalah tidak perlu, membuang masa dan wang selain memudaratkan nyawa rakyat ketika negara masih berdepan dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

Musa yang mendakwa mempunyai majoriti mudah iaitu 33 ADUN daripada 65 untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu tanpa perlu melalui pilihan raya lagi, berkata beliau tidak terkejut dengan pengumuman itu.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!