Gerawat angkat sumpah Timbalan Speaker DUN Sarawak

Gerawat Gala - Foto sumber internet
Gerawat Gala - Foto sumber internet
A
A
A

KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala mengangkat sumpah pelantikan semula sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Istiadat angkat sumpah berkenaan disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri Sarawak.

Turut hadiri, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan kabinet negeri.

Gerawat, 63, yang berketurunan Kelabit dan berasal dari Bario di pedalaman Miri, mula memegang jawatan itu selepas menang Pilihan Raya Negeri ke-11 bagi kawasan Mulu pada 2016. - Bernama

Artikel Berkaitan: