Polis Selangor jejak 88 individu gagal hadir saringan kedua Covid-19

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK Selangor), Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat (kanan) pada sidang media berkaitan Op Samun Dalam Rumah Bertopeng, Op Laras Provos dan Ops Covid-19 di IPK Selangor Seksyen 9 Shah Alam hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor sedang menjejaki 88 individu yang gagal membuat saringan kedua ujian koronavirus (Covid-19) selepas 13 hari dari tarikh saringan awal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua mereka sebelum ini telah membuat saringan pertama dan menerima arahan kuarantin di rumah daripada Kementerian Kesihatan.

"Disebabkan itu, kami telah menubuhkan Pasukan Khas untuk mengesan penama-penama ini dan sekiranya didapati bersalah tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

"Dengan ini, saya mendesak semua penama-penama yang masih tidak buat saringan kedua supaya hadir ke klinik kesihatan dengan segera," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Fadzil berkata, kegagalan mereka menjalani ujian saringan kedua itu akan menggusarkan masyarakat kerana virus itu boleh menular jika ujian saringan tersebut didapati positif.

Sementara itu, Ahmad Fadzil berkata, sebanyak 3,267 kompaun telah dikeluarkan kepada individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan dan daripada jumlah itu hanya 639 membuat pembayaran. - Bernama

Artikel Berkaitan: