Presiden Taiwan letak jawatan parti

Hubungan Taiwan dan China juga semakin merosot sejak Ing-wen (tengah) menjadi presiden pada 2016.
Hubungan Taiwan dan China juga semakin merosot sejak Ing-wen (tengah) menjadi presiden pada 2016.
A
A
A

TAIPEI - TAIWAN. Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Progresif Demokratik (DPP), semalam selepas parti prokemerdekaan itu mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal di negara itu.

"Usaha kita masih belum cukup dan kita juga telah mengecewakan penyokong. Saya mahu memohon maaf seikhlas hati kepada mereka," katanya.

Keputusan itu dibuat selepas DPP tewas di kubu kuat mereka di bandar Kaohsiung buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun selain dikalahkan di bandar kedua terbesar di negara tersebut, Taichung.

Difahamkan, DPP hilang undi sokongan di hampir separuh daripada 13 bandar dan daerah yang pernah dimenanginya sebelum ini pada 2014.

Dalam perkembangan lain, pengundi turut menolak perkahwinan sejenis menerusi siri referendum ketika sesi pemilihan tersebut. - BBC

Artikel Berkaitan: