Patuhi SOP, elak kluster ibadah, pesan Zulkifli

Paparan skrin video berkaitan garis panduan ketika melakukan ibadah korban yang dikongsikan di laman Instagram Jabatan Perdana Menteri.
Paparan skrin video berkaitan garis panduan ketika melakukan ibadah korban yang dikongsikan di laman Instagram Jabatan Perdana Menteri.
A
A
A

KUALA NERUS - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak wujudnya kluster ibadah berkaitan Aidiladha.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu berlakunya penularan koronavirus (Covid-19) disebabkan ketidakpatuhan rakyat terhadap SOP sepanjang Aidiladha yang berisiko mewujudkan sebarang kluster berkaitan ibadah seperti kluster solat atau kluster ibadah korban.

"Kita telah mengeluarkan SOP lengkap ibadah korban yang telah dimuktamadkan dan peraturan yang terperinci itu boleh dilihat melalui laman web, Facebook dan Instagram kementerian.

"Isu ibadah korban ini merupakan satu isu yang menarik untuk dilihat oleh semua pihak khususnya yang beragama Islam....oleh kerana itu, jaga perkara ini (patuhi SOP). Kita tidak mahu ada kluster berkaitan ibadah berlaku lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Peduli: Cuci Cuci dan Musa'adah Pasca Covid-19 Terengganu di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah Kubang Lembik di sini hari ini.

Ditanya sama ada kementerian akan mengetatkan semula SOP di masjid berikutan peningkatan kes Covid-19 dalam negara sejak akhir-akhir ini, beliau berkata, perkara itu akan dibuat mengikut penilaian semasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: