TYT perkenan bubar DUN, PRN Sabah dalam tempoh 60 hari

Mohd Shafie menunjukkan surat watikah yang ditandatangani oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin pada sidang media pagi ini. - Foto Bernama
Mohd Shafie menunjukkan surat watikah yang ditandatangani oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin pada sidang media pagi ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin telah memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan seterusnya membolehkan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau pada sidang media pagi ini turut menunjukkan surat watikah yang telah ditandatangani oleh Juhar.

Menurut Mohd Shafie, Juhar menyatakan perkenannya berkaitan pembubaran DUN dalam pertemuan pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: DUN Sabah dibubarkan: Shafie Apdal

“Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

“Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan,” katanya dalam sidang media yang turut disertai sejumlah Adun yang menyokongnya.

“Apa pun cerita mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, Dewan sudah dibubarkan,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: