X

Kindly register in order to view this article
!

Malaysia, Singapura setuju teruskan RTS

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bergambar ketika hadir bagi menyaksikan 'secara simbolik' persetujuan dua hala untuk meneruskan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungi Johor Bahru-Singapura hari ini. Foto: Bernama
A
A

JOHOR BAHRU - Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju meneruskan projek Sistem Rapid Transit (RTS) dengan pemimpin dari kedua-dua negara bertemu di tengah-tengah Tambak Johor sebagai simbolik persetujuan.

Terdahulu, kedua-dua Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong diiringi bersama beberapa menteri Kabinet masing-masing tiba di laluan darat tersibuk dunia itu pada kira-kira jam 10 pagi.

Pada pertemuan itu, kedua-dua Perdana Menteri menyaksikan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dan Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung memegang dokumen rasmi sebagai simbolik bersetuju meneruskan projek RTS.

Turut hadir pada majlis simbolik itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.

Di pihak Singapura pula antara yang hadir ialah Menteri Luarnya Dr Vivian Balakrishnan dan bekas Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan. - Bernama

MENYUSUL


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!