Politik Sabah: Musa Aman adakan sidang media hari ini

Gambar dari kiri: Mohd Shafie Apdal, Musa Aman
Gambar dari kiri: Mohd Shafie Apdal, Musa Aman
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dijadual mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Luyang, di sini tengah hari ini.

Bagaimanapun, jemputan sidang akhbar yang diedarkan kepada pengamal media melalui aplikasi WhatsApp tidak menyatakan tujuan sidang akhbar pada jam 12 tengah hari itu namun berkemungkinan berkaitan perkembangan politik semasa di Sabah.

Semalam, Musa dalam sidang akhbar di kediamannya mendakwa telah memperoleh majoriti mudah hasil kerjasama pelbagai parti untuk membentuk kerajaan baharu.

Pagi tadi, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menemui Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki pekarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Ketika ini, Mohd Shafie sedang mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen blok kerajaan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini dan akan disusuli dengan sidang akhbar kemudian. - Bernama

Artikel Berkaitan: