X

Kindly register in order to view this article
!

Kejam, lelaki pijak kucing bunting hingga mati!

Tindakan kejam lelaki itu dirakam CCTV di kedai milik Dahliana. - Foto Kompas
A
A

SAMPIT - Rakaman video memaparkan tindakan kejam seorang lelaki memijak kepala kucing yang bunting sehingga mati tular di laman sosial.

Kejadian berlaku di sebuah kedai milik Dahliana di Sampit, Kalimantan Timur, minggu lalu, lapor Kompas.

Dahliana memuat naik video durasi 32 saat itu di Facebook miliknya hingga mendapat kecaman netizen.

Katanya, kejadian itu disedari selepas dimaklumkan oleh ibu dan adiknya.

"Waktu kejadian saya tiada di kedai dan hanya diberitahu oleh adik dan ibu. Saya terus melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan kedai.

"Ternyata benar, lelaki itu memijak kepala kucing yang bunting hingga mati. Sebelum kejadian berkenaan, lelaki tersebut juga menendang kucing lain," katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan sering lalu lalang di hadapan kedainya dan dipercayai mengalami sakit mental.

"Dia memang selalu berada di sekitar kawasan ini, kucing milik jiran pula sering bermain di kedai.

"Tapi saya terkejut lelaki itu sanggup bertindak kejam membunuh kucing tersebut," katanya.

Sementara itu, pasukan Badan Pengelolaan Sumber Asli (BKSDA) mengesahkan kejadian itu semalam.

Muriansyah mengutuk tindakan keji itu dan pihak berkuasa akan menyiasat kejadian berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!