Ringgit kekal tinggi berbanding dolar AS

Ringgit kekal tinggi berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini seiring dengan mata wang utama Asia yang lain kerana kebanyakan pelabur telah mula beralih daripada mata wang yang lebih selamat. Foto: 123RF
Ringgit kekal tinggi berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini seiring dengan mata wang utama Asia yang lain kerana kebanyakan pelabur telah mula beralih daripada mata wang yang lebih selamat. Foto: 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit kekal tinggi berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini seiring dengan mata wang utama Asia yang lain kerana kebanyakan pelabur telah mula beralih daripada mata wang yang lebih selamat, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2400/2450 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2470 ketika ditutup pada jam 6 petang semalam.

Seorang peniaga berkata, dolar AS meneruskan aliran menurun hari ini tatkala Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengulangi janji untuk mengehadkan kerosakan akibat pandemik koronavirus (Covid-19) memandangkan kes-kes baharu telah menjejaskan perkembangan pemulihan ekonomi.

Beliau berkata, kenyataan dasar Persekutuan yang dikeluarkan pada akhir mesyuarat yang berlangsung selama dua hari awal hari ini, secara langsung mengaitkan pemulihan ekonomi untuk mengakhiri krisis kesihatan.

Dalam negara pula, ringgit mendapat sokongan daripada pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam untuk melanjutkan moratorium pembayaran balik pinjaman tiga bulan untuk mereka yang kehilangan pekerjaan kerana Covid-19.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain kecuali euro.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0827/0875 daripada 3.0839/0892 sebelumnya dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 4.0350/0402 daripada 4.0414/0475.

Berbanding euro, ringgit susut kepada 4.9909/9972 daripada 4.9819/9894 semalam dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.5031/5100 daripada 5.4993/5079. - Bernama

Artikel Berkaitan: