Shafie Apdal mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah

Kira-kira lima kenderaan dengan satu daripadanya mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) mengiringi kenderaan Mohd Shafie masuk ke Istana Negeri pada jam 8.20 pagi.
Kira-kira lima kenderaan dengan satu daripadanya mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) mengiringi kenderaan Mohd Shafie masuk ke Istana Negeri pada jam 8.20 pagi.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selama kira-kira setengah jam di Istana Negeri di sini pagi ini.

Kira-kira lima kenderaan dengan satu daripadanya mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) mengiringi kenderaan Mohd Shafie masuk ke Istana Negeri melalui pintu di Padang Merdekam pada jam 8.20 pagi dan mereka dilihat keluar kira-kira setengah jam kemudian.

Pagi ini Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan dijadual mengadakan sidang akhbar pada jam 10 pagi di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Sidang akhbar berkenaan difahamkan antara lain mempunyai kaitan dengan dakwaan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman semalam yang beliau telah mendapat majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Musa dalam sidang akhbarnya itu mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu namun beliau tidak memberitahu jumlah majoriti mudah yang dimilikinya.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati semua laluan pintu masuk ke Istana Negeri dikawal ketat oleh pihak keselamatan dengan kedua-dua laluan ke Istana Negeri iaitu di bulatan Karamunsing serta Padang Merdeka ditutup dan pengamal media tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: