Shafie Apdal kekal Ketua Menteri Sabah, miliki majoriti

Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal
A
A
A
KOTA KINABALU - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah selepas masih mendapat majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Memetik laporan Astro Awani, Mohd Shafie berkata segala kemelut politik yang berlaku semalam dan intipati mesyuarat tertutup malam tadi akan diumumkan hari ini.

"Saya masih ketua menteri (Sabah) dan masih memiliki majoriti (ADUN).

"Esok (hari ini) ada satu sidang media dan semua akan saya ulas mengenai keadaan ini," katanya secara ringkas lewat malam tadi.

Terdahulu bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Menurut beliau, ia berlaku selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN Musa Aman umum cukup majoriti bentuk kerajaan negeri baharu

Artikel Berkaitan: