X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

‘Kami rasa sangat bertuah’

Sultan Abdullah
Baharuddin (dua dari kiri) dan Wan Norazlina (empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Al-Sultan Abdullah yang mencemar duli berkunjung dan bersantap di rumahnya yang hampir siap dibina selepas kebakaran tiga rumah di Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan pada Januari 2018.
A
A

KUANTAN - Bagai bulan jatuh ke riba, itulah perasaan yang dikongsi mangsa kebakaran di Perkampungan Sungai Isap, Kuantan apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bersantap makanan yang disediakan sendiri di rumah yang baru siap dibina semula pada Disember tahun lalu.

Wan Norazlina Wan Hamid, 57, akui beliau sekeluarga tidak menyangka sekali lagi dapat bersua dengan Al-Sultan Abdullah selepas kali terakhir bertemu Seri Paduka pada hari kedua tragedi itu dua tahun lalu.

Menurutnya, kehadiran Al-Sultan Abdullah waktu itu sebagai tetamu dan beliau sedaya upaya menyiapkan dua juadah hidangan seperti yang pernah dijanjikan.“Dua tahun lalu (semasa rumah terbakar) Seri Paduka ada melihat pokok nangka berhampiran rumah dan Seri Paduka tanya boleh masak? Al-Sultan Abdullah bertitah, bila rumah sudah siap Seri Paduka akan datang semula untuk santap gulai nangka dan opor daging.

“Pada bulan Disember lalu, wakil istana ada memaklumkan kepada saya bahawa Al-Sultan Abdullah akan datang ke rumah. Saya sangat teruja bercampur gemuruh kerana perlu menyiapkan juadah terbabit dalam masa empat jam sebelum kunjungan Seri Paduka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Perkampungan Sungai Isap 2 baru-baru ini.

Ibu kepada empat anak itu berkata, ketika melihat Al-Sultan Abdullah berada di hadapan rumah, mereka sekeluarga panik kerana rumahnya ketika itu hanya siap 85 peratus.

Katanya, pelbagai perasaan bercampur-baur, namun melihat Seri Paduka berselera makan beliau berpuas hati dan gembira apabila Seri Paduka turut memuji juadah yang disediakan itu.

“Seronok bila juadah yang saya masak Seri Paduka suka. Sambil makan Al-Sultan Abdullah beramah mesra tanpa sebarang protokol,” katanya.Menurutnya, sewaktu dilanda musibah, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli datang melawat beliau dan dua lagi mangsa kebakaran.

Sementara itu, suaminya, Baharuddin Sulaiman, 59, berkata, keluarganya bertuah kerana menerima kunjungan daripada Al-Sultan Abdullah buat kali kedua.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!