Apa rahsia dalam peti sejuk Bella Hadid?

A
A
A
TIADA siapa dapat menafikan keanggunan Bella Hadid. Beliau cantik dan menawan.

Bella atau nama sebenarnya, Isabella Khair Hadid seperti kebanyakan model lain begitu sibuk dengan pertunjukan fesyen dan sesi peragaan.

Meskipun tidak menang tangan siang dan malam, namun gadis kelahiran Washington D.C itu sentiasa menitikberatkan kesihatan diri.

Pantang ada masa terluang, beliau akan memanjakan dirinya dengan peluh di gimnasium. Bukan seminggu sekali ya, tetapi hampir setiap hari!

Selain itu, Bella juga ada rahsia lain. Baru-baru ini, wanita jelita itu mencuri tumpuan dunia apabila mendedahkan rejim pemakanannya dengan menunjukkan apa yang terdapat dalam peti sejuknya melalui laman Instagramnya yang mencecah lebih 23 juta pengikut.

Makanan sihat

Segala jenis makanan dan minuman yang menyihatkan menjadi pilihan wanita yang pernah berkunjung ke Malaysia pada Disember tahun lalu itu. Berikut susunan segmen dalam peti sejuknya:

1 Rak paling atas : Yogurt tanpa lemak berperisa buah-buahan seperti peach dan beri. Begitu juga dengan rasberi kurang manis yang amat sesuai untuknya mengawal berat badan. Mentega badam yang mengandungi lemak sihat juga tidak terkecuali.

2 Rak tengah cTypeface:> Minuman yang baik untuk tubuh badan seperti air kelapa, kombucha, campuran susu dan oat yang dikhaskan.
Artikel Berkaitan:


3 Rak paling bawah: Menempatkan segala sayur-sayuran segar seperti lobak merah, saderi, epal, cava dan kacang hijau.

4 Laci: Keju, hummus (digunakan dalam hidangan Arab) termasuk sejumlah makanan organik. Kesimpulannya, hampir kesemua makanan menyihatkan menjadi 'santapannya' saban hari.

Suka makan piza

Kepada Harpar's Bazaar, Bella yang sinonim dengan jenama Victoria's Secret dan Dior itu memberitahu, bahawa beliau suka menikmati piza. Macam tidak percaya, bukan?

Walaupun makanan itu diklasifikasikan mengandungi karbohidrat dan tinggi kalori, namun Bella tidak risau.

"Ketika hari penggambaran, saya hanya dapatkan protein daripada salmon atau ayam dan sayur-sayuran. Jika tidak, saya akan makan pasta. Tetapi saya tak makan banyak kerana tak mahu cepat penat," katanya.

Pada masa sama, selebriti itu mengakui beliau menghabiskan masa lapangnya dengan aktiviti yang menyihatkan.

"Saya juga minum jus hijau berasaskan sayur-sayuran dan air halia sejuk untuk elak badan jadi lesu," katanya.

"Ramai tidak tahu, saya juga penggemar kopi, saya akan habiskan tiga cawan espresso setiap pagi," katanya.