Tergamak acu pisau pada ibu

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 9.45 malam semalam.
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 9.45 malam semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang tergamak mengacu sebilah pisau kepada ibunya ditahan polis di rumahnya di Jalan 14/59, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 9.45 malam.

"Suspek ditahan selepas bertindak agresif mengacukan sebilah pisau kepada ibu kandungnya berusia 49 tahun.

"Susulan itu, polis telah merampas senjata berkenaan yang disembunyikan suspek di bawah permaidani ruang tamu rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mengesyaki suspek berbuat demikian kerana dipengaruhi dadah.

Katanya, ujian saringan air kencing juga mengesahkan suspek positif dadah jenis syabu.

"Suspek telah direman dua hari untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: