Udang kara biru terselamat daripada jadi hidangan restoran

Gambar menunjukkan udang kara berwarna biru hidup di dalam sebuh tangki di Zoo Akron, Ohio. - Foto Zoo Akron
Gambar menunjukkan udang kara berwarna biru hidup di dalam sebuh tangki di Zoo Akron, Ohio. - Foto Zoo Akron
A
A
A
COLUMBUS - Seorang kakitangan di sebuah restoran Amerika Syarikat (AS) memiliki hati yang murni apabila berjaya mengelakkan seekor undang kara yang jarang ditemui daripada menjadi hidangan makanan.

Menurut portal MailOnline pada 27 Julai lalu, seorang kakitangan sebuah restoran Red Lobster di Cuyahoga Falls, Ohio pada mulanya menerima penghantaran haiwan tersebut.

Bagaimanapun, dia mengetahui bahawa ia merupakan udang kara daripada spesies yang jarang ditemui.

"Selepas kami meletakkan udang kara betina itu ke dalam tangki, ia kelihatan sangat cantik," kata pengurus besar restoran tersebut, Michelle Falconer kepada

portal Today Food.
Artikel Berkaitan:


Pihak pemuliharaan haiwan di Aquarium Monterey Bay, California kemudian dihubungi oleh kakitangan restoran tersebut sebelum ia dihantar ke Zoo Akron, Ohio.

Pihak zoo kemudian berkongsi gambar yang menunjukkan udang kara itu menikmati kehidupan di dalam sebuah tangki besar.

Menurut Institut Undang Kara Maine, kira-kira seekor daripada dua juta haiwan itu berwarna biru dan ia adalah disebabkan oleh kecacatan genetik. - Agensi