Musa Aman umum cukup majoriti bentuk kerajaan negeri baharu

Musa mengadakan sidang media mengumumkan sudah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baru di Seri Anggerik petang tadi.
Musa mengadakan sidang media mengumumkan sudah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baru di Seri Anggerik petang tadi.
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Menurut beliau, ia berlaku selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.

“Langkah seterusnya ialah menemui Gabenor Sabah dan menyerahkan akuan bersumpah daripada ADUN kepada beliau,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

ADUN Sungai Sibuga itu mengadakan sidang akhbar di Seri Anggerik pada jam 6 petang tadi.

Beberapa ADUN daripada kerajaan negeri sebelum ini dilihat bersama dengan Musa.

Antara ADUN dari parti pemerintah yang berada di rumah Musa sebentar tadi adalah ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamis Samad; ADUN Balung, Datuk Osman Jamal; ADUN Inanam, Kenny Chua; ADUN Sebatik, Datuk Muis Picho dan ADUN Pitas, Datuk Bolkiah Ismail.

Artikel Berkaitan: