Syarat ketat! seorang pegawai perubatan hanya untuk 50 jemaah haji

Kementerian Kesihatan Arab Saudi menyatakan seorang ketua kesihatan akan memastikan anggota kumpulannya mematuhi langkah-langkah keselamatan bagi mencegah pandemik Covid-19. -Foto Saudi Press Agency
Kementerian Kesihatan Arab Saudi menyatakan seorang ketua kesihatan akan memastikan anggota kumpulannya mematuhi langkah-langkah keselamatan bagi mencegah pandemik Covid-19. -Foto Saudi Press Agency
A
A
A

RIYADH - Dalam satu tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, kerajaan Arab Saudi menetapkan seorang ketua kesihatan bagi setiap 50 jemaah haji pada tahun ini selepas pandemik koronavirus (Covid-19) melanda seluruh dunia.

Menurut Saudi Press Agency (SPA) semalam, Kementerian Kesihatan negara itu berkata, ketua kesihatan itu akan memastikan semua anggota kumpulannya mematuhi langkah-langkah pencegahan dan menghalang penularan pandemik itu seperti yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan itu adalah termasuk penjarakkan sosial dan pergerakan ke tempat-tempat suci bagi tujuan keselamatan serta keselesaan jemaah haji, kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan.

Ketua kesihatan itu ialah seorang pegawai perubatan dan perlu membuat laporan jika terdapat kes Covid-19 yang disyaki dalam kalangan anggota kumpulannya.

Dalam pada itu, portal berita Khaleej Times melaporkan, seorang jurucakap keselamatan awam haji berkata, para pengawal keselamatan melaksanakan kawalan ketat dan mengawal bilangan pelawat di tempat-tempat suci negara tersebut.

Beliau mendedahkan pada awal hari ini, seramai 244 orang didapati cuba menceroboh tempat suci bagi melaksanakan ibadat haji dan mereka telah pun ditangkap.

Kira-kira 1,000 umat Islam yang tinggal di Arab Saudi dibenarkan mengerjakan ibadat tersebut pada tahun ini berbanding 2.5 juta jemaah haji pada tahun lepas berikutan

pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, akhbar-akhbar tempatan menyatakan sehingga 10,000 umat Islam dibenarkan mengerjakan haji tahun ini. - Agensi