X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor agih pelitup muka percuma kepada pelajar B40

Amirudin Shari
Amirudin Shari ketika sidang akhbar Selangor E-Bazar Bersama Shopee di Bilik Gerakan Tingkat 22, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengagihkan pelitup muka secara percuma kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah (B40) bermula Ogos ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengagihan tersebut melibatkan pelajar di sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Buat masa ini kita sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor bagi mendapatkan jumlah pelajar.

"Pengagihan dijangka akan dijalankan selepas 1 Ogos ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Selangor E-Bazar Bersama Shopee di Bilik Gerakan Tingkat 22, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin turut mengingatkan bahawa perjuangan bagi memerangi koronavirus (Covid-19) ini masih belum selesai sepenuhnya.

Menurutnya, masyarakat diminta untuk sama-sama mematuhi produser operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Tanggungjawab mengekang penularan Covid-19 ini bukan terletak di bahu satu-satu pihak semata-mata malah ia merupakan tanggungjawab semua.

"Dalam erti kata, kita jaga kita...kita harus menjaga antara satu sama lain, jangan terleka, jangan leka, kita belum menang sepenuhnya sentiasalah patuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!