Serangan anjing mampu ancam nyawa

Mangsa mengalami kecederaan di tangan dan kaki selepas diserang seekor anjing.
Mangsa mengalami kecederaan di tangan dan kaki selepas diserang seekor anjing.
A
A
A

BUKIT RAMBAI - Seorang wanita mengalami kecederaan selepas diserang seekor anjing bertuan semasa berjalan kaki di sebuah taman di sini.

Insiden serangan anjing itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada sebuah rumah sebelum dikongsi oleh Facebook Persatuan Haiwan Malaysia.

Menurut kenyataan persatuan berkenaan, kejadian itu tidak boleh diambil mudah kerana ia mampu mengancam nyawa malah membunuh.

"Mangsa serta masyarakat di tempat kejadian perlu serah pemilik dan anjing untuk mendapat keadilan.

"Kerajaan cukup undang-undang untuk tangani insiden ini termasuk mengheret pemilik anjing ke mahkamah dan mendakwa pemilik yang cuai dan tidak berakal.

"Anjing ganas yang berbahaya dan memudaratkan perlu ditangkap, dikurung dan ditangani secara selamat mengikut undang-undang," katanya.

Seorang wanita diserang seekor anjing ketika berjalan kaki di taman berkenaan.
Seorang wanita diserang seekor anjing ketika berjalan kaki di taman berkenaan.

Menurutnya, penduduk di taman berkenaan perlu prihatin dan peka kepada isu tersebut dan tidak melindungi pemilik haiwan bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap keseluruhan anjing yang disifatkan ganas dan menyerang.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa serangan anjing serta ketua masyarakat taman diminta tidak sembunyikan pemilik. Hubungi Abang Kucing (AK) di talian 0127413497 untuk uruskan hal serangan dan keadilan terhadap mangsa yang parah.

"Disebabkan pemilik dan penanggungjawab anjing yang tidak beretika. Ia bakal memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan anjing yang dikhuatiri ganas dan menyerang," katanya.

Dalam pada itu, video berdurasi dua minit 49 saat telah ditonton lebih 20,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.

Di akhir rakaman itu menunjukkan mangsa mengalami cedera di kaki, tangan dan menerima rawatan di hospital.

Rata-rata netizen turut mengecam kecuaian pemilik anjing kerana tidak mengikat atau mengurung haiwan hingga mencederakan orang ramai.

ABANG KUCING CARI PEMILIK ANJING SERANG WANITA HINGGA PARAH Insiden serangan anjing berpemilik terhadap orang awam kini...

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association on Tuesday, July 28, 2020