Inter tak mampu sambar Messi

Messi
Messi
A
A
A

KELAB handalan Itali, Inter Milan tidak akan membawa masuk bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi ke San Siro pada musim perpindahan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Inter, Giuseppe Marotta memberitahu, sebarang usaha mendapatkan khidmat Messi beraksi dengan skuad Nerrazurri itu umpama satu khayalan semata-mata.

"Realiti sebenarnya, kami tidak mampu untuk membawa Messi ke sini (San Siro). Untuk menyaksikan kelibat pemain handalan seperti Messi di Inter, ia ibarat fantasi.

"Ini bukannya idea saya (untuk mendapatkan khidmat Messi) tetapi ia mengingatkan saya mengenai bola sepak pada masa lalu. Ketika itu kita semua bercakap tentang ikon, pemain hebat dan keinginan yang dimiliki oleh semua orang.

"Hakikatnya sukan bola sepak di Itali memerlukan penambahbaikan berterusan dalam usaha meningkatkan nilai kepada jenama Itali itu sendiri," katanya.

Kenyataan terbaharu Moratta itu sekali gus menepis spekulasi awal Messi akan kembali kerap bertembung dengan penyerang berbisa Juventus, Cristiano Ronaldo yang meninggalkan Real Madrid musim lalu.

Artikel Berkaitan: