Tujuh orang bunuh pegawai polis dihukum mati

Gambar fail menunjukkan beberapa anggota polis Mesir mengawal sebuah pusat pemeriksaan di Utara Sinai pada 21 Januari 2015. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan beberapa anggota polis Mesir mengawal sebuah pusat pemeriksaan di Utara Sinai pada 21 Januari 2015. - Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Mesir menggantung sampai mati tujuh individu selepas mereka didapati bersalah membunuh seorang pegawai polis pada tahun 2013 di bandar Ismailiya, timur laut negara itu, kata seorang pegawai keselamatan semalam.

"Pada Selasa lalu, perkhidmatan penjara melaksanakan hukuman gantung sampai mati terhadap tujuh orang yang disabitkan kesalahan membunuh Kapten Abu Douma," katanya.

Mayat ketujuh-tujuh pesalah itu telah diserahkan kepada keluarga mereka, tambah pengawal penjara tersebut.

Abu Douma sedang melakukan rondaan di bandar Ismailiya berhampiran Terusan Suez sebelum dia ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjata menunggang sebuah motosikal dan menaiki sebuah kereta serta merampas pistolnya.

Pada November 2018 sebuah mahkamah rayuan menolak rayuan berhubung hukuman mati yang dikemukakan oleh mereka. - AFP

Artikel Berkaitan: