'Pergi Covid-19!' cetusan idea ketika PKP

Dr Noor Hisham menerima komik 'Pergi Covid-19' daripada Muhammad Nasir (dua dari kiri) pada majlis mini pelancaran komik 'Pergi Covid-19!' di Dewan Serbaguna, Aras 8, KKM, Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

A
A
A

PUTRAJAYA - Kumpulan Karangkraf menerusi anak syarikatnya, Grup Buku Karangkraf menyerahkan komik 'Pergi Covid-19!' kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai simbolik mini pelancaran komik tersebut.

Penyerahan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah selepas sesi libat urus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama media di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin dan penulis komik tersebut, Mohd Khairul Azman Ismail.

Ketika ditemui, Mohd Khairul, 44, berkata, komik tersebut berkisar kepada situasi negara ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Mohd Khairul Azman Ismail
Mohd Khairul Azman Ismail

"Watak utama adalah Afiq yang berusia sembilan tahun yang mempersoalkan keadaan yang mana terpaksa berkurung di rumah, tidak boleh sekolah dan ditambah pula ibunya bekerja sebagai jururawat yang menjalankan tugas berkaitan Covid-19," katanya.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan komik itu tercetus ketika PKP.

"Saya hubungi Karangkraf untuk menghantar kertas cadangan dan ia diluluskan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dari kanan Mohd Khairul, Firdaus, Muhammad Nasir dan Dr Noor Hisham bergambar pada majlis mini pelancaran komik 'Pergi Covid-19' di Dewan Serbaguna, Aras 8, KKM, Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Mohd Khairul yang merupakan seorang guru berkata, banyak pengajaran dan pendidikan diterapkan dalam komik yang mempunyai 32 muka surat itu.

"Mereka yang berminat boleh mendapatkannya di Karangkraf Mall dengan harga RM16," katanya.

Tambahnya, setiap RM1 daripada belian komik tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung barisan hadapan.