Polis cari 19 individu bantu siasatan kes jenayah

Gambar dari kiri: Mohd Ali, Rozaidi, Mohd nor
Gambar dari kiri: Mohd Ali, Rozaidi, Mohd nor
A
A
A

JEMPOL- 19 individu dikehendaki polis daerah ini antara tahun 2006 hingga sekarang bagi membantu menyelesaikan pelbagai kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, kesemua yang dikehendaki berumur antara 30-an hingga 70-an.

"Seorang lelaki bernama Mohd Nor Fadzli Jamaludin, 40, dari Felda Raja Alias Satu dikehendaki bagi menyelesaikan kes rogol pada 2009 di Ayer Hitam, Jempol.

"Polis turut mencari Mohd Ali Ismail, 33, dari Kampung Bukit Gombang Lama yang terbabit dengan kes rogol pada tahun 2010," katanya ketika mengesahkan laporan hari ini.

Mohd Khairiel (kanan) dan Timbalannya, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor melihat gambar 19 individu yang dikehendaki polis daerah Jempol.
Mohd Khairiel (kanan) dan Timbalannya, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor melihat gambar 19 individu yang dikehendaki polis daerah Jempol.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain itu polis turut mencari Rozaidi Abd Rahman, 41, dari Felda Pasoh Tiga yang merupakan suspek kes ceroboh rumah pada tahun 2017.

"Turut dikehendaki polis, Mohd Farzli Jaafar, 38, dari Felda Serting Hilir Dua yang terbabit dalam satu kejadian samun pada 2013.

"Orang awam yang mempunyai maklumat keberadaan suspek supaya menghubungi mana-mana balai polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di talian 06-4582222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Khairiel berkata, suspek lain yang dikehendaki turut terbabit dengan pelbagai kes jenayah antaranya curi, mendatangkan kecederaan, pecah rumah serta melakukan kekerasan dari 2006 hingga tahun ini.