Polis tahan ahli kongsi gelap

No Image Caption
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap di Taman Tan Sri Yaakob, Skudai di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan oleh anggota dari Balai Polis Nusa Bestari selepas melihatnya dalam keadaan mencurigakan pada jam 8.15 malam.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek, polis mendapati ada tato tulisan 21 pada bahagian lengan tangan kiri disyaki berunsurkan kegiatan kumpulan kongsi gelap.

"Susulan itu pihak polis menahan lelaki itu dan siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya.

"Ujian saringan air kencing turut dijalankan dan mendapati suspek negatif dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek direman mulai hari ini sehingga 31 Julai ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan Haram 1966.

Katanya, polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di kawasan mereka supaya tindakan dapat diambil.

Artikel Berkaitan: