ADUN Sabak masih sokong PH

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman masih lagi menyokong Pakatan Harapan (PH), demikian reaksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika diminta mengulas mengenai isu pemecatan ADUN tersebut daripada Amanah.

Amirudin berkata, setakat ini Ahmad Mustain masih lagi menyokong kerajaan PH.

"Kita telah bincangkan hal ini, dan apa yang penting adalah kesepakatan semua demi kestabilan dan kemakmuran negeri.

"Kita dah bincangkan sejak dua minggu yang lalu dan ada solusi-solusi. Saya dah berkomunikasi dengan pihak yang sewajarnya, beliau masih lagi 'pro' kepada PH," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berkaitan Selangor E-Bazar Bersama Shopee di Bilik Gerakan Tingkat 22, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman dipecat daripada Amanah kerana didakwa melanggar disiplin sebagai ahli parti tersebut.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, keputusan tersebut dibuat hasil daripada perbincangan dalam Mesyuarat Lembaga Tatatertib Amanah yang diadakan kelmarin.

Artikel Berkaitan: