Kenali kulit anda sebelum nak cantik!

A
A

Jangan semberono memilih produk membersihkan wajah

TAMPIL ANGGUN MAHU cantik? Jika soalan dilontarkan pada setiap wanita, pastinya jawapannya, ya!

Janganlah mempersoalkan tabiat wanita yang sanggup membelanjakan kos yang besar demi mendapatkan wajah yang menawan dan mulus.

Apabila berlaku lambakan produk, memang rambang mata dibuatnya. Dalam hal ini, adakah kita seorang yang bijak membuat pilihan?

Pada edisi WOW Femina kali ini, Perunding Kecantikan Bebas, Mislianor Ibrahim ada petuanya.

Terlebih dahulu, katanya, wanita Asia yang kerap terdedah kepada habuk dan asap ketika cuaca panas membuatkan kulit mudah ditumbuhi jerawat dan pori tersumbat. Justeru, penjagaan wajah mesti harus lebih cermat, katanya.

Berikut ialah tip yang dicadangkan beliau:

1) Mengenali jenis kulit dahulu, kemudian barulah memilih pencuci muka yang sesuai. Jika memilih pencuci muka atau produk yang tidak serasi dengan kulit, ia akan beri kesan yang berbeza.

2) Individu berkulit kering perlu memilih pencuci muka jenis lembut dan ringan yang tidak akan menghilangkan semua minyak dari kulit. Cari produk yang mengandungi ramuan yang melembapkan seperti hyaluronic acid.

3) Individu kulit berminyak harus memilih pencuci muka yang berasaskan air atau mempunyai tekstur gel yang ringan. Cari produk yang bebas dari sulfate dan mengandungi ramuan seperti salicylic acid.

4) Jenis kulit normal harus memilih produk penjagaan kulit yang lembut dan hydrating. Kalau nak kulit anda nampak lagi lembap, pakai juga serum antioksida.

5) Jenis kulit kombinasi harus memilih pencuci muka yang bebas dari sulfate, elakkan daripada memakai toner yang penuh dengan alkohol dan pilih pelembap yang ringan.

Bagaimana mahu mengetahui jenis kulit kita? Cuci muka dengan pencuci yang biasa digunakan dan kemudian bilas dengan air. Lebih elok, tunggu hingga dua jam tanpa mengelap wajah muka selepas membersih.

Justeru, apakah jenis kulit anda?

1) Berminyak : Kulit akan berasa berminyak, berkilat dan melekit

2) Kering : Kulit rasa ketat, kering dan merekah

3) Kombinasi : Berminyak pada hidung dan dahi. Namun, pada pipi rasa kering

4) Normal : Tiada rasa apa-apa

Jika para wanita di luar sana kurang berkeyakinan dengan teknik berkenaan, apa kata keluarkan sedikit wang belanja untuk berjumpa pakar.

Seperti kata Mislianor, pakar akan memberi nasihat berkenaan produk mana yang bersesuaian dengan kulit masing-masing.

Namun, masih ada wanita yang degil tetap menggunakan produk pengelupasan semata-mata mahu mendapatkan kulit wajah yang cerah tanpa memikirkan risiko di sebaliknya.

"Saya lihat ribuan wanita masih menggunakan produk yang sama walaupun berdepan dengan kerosakan kulit akibat kandungan bahan-bahan kimia. Ia memang tidak elok kerana berupaya menghakis lapisan atas kulit, membuatkan kulit kering sekaligus menjadikan warna asal kulit terbantut," katanya.

Sehubungan itu, Mislianor mengesyorkan produk penjagaan kulit Mary Kay yang merupakan set penjagaan untuk semua jenis kulit yang sudah terkenal di pasaran antarabangsa.

"Bagi yang baru nak guna produk ini, kita akan scan dan analisa kulit pelanggan sebelum mencadangkan set yang bersesuaian," katanya.

Tidak terhenti setakat di situ, perunding akan sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan kulit pelanggan dua hari sekali, mingguan dan bulanan.