'Bukan saya seorang yang penat'

Sesi Libat urus media bersama Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berhubung Kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani pandemik Covid-19 di Dewan Serbaguna Aras 8 KKM Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sesi Libat urus media bersama Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berhubung Kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani pandemik Covid-19 di Dewan Serbaguna Aras 8 KKM Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui kepenatan selepas tujuh bulan berperang dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Bukan saya seorang yang penat, tetapi kita semua penat," katanya.

Menurutnya, kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula apabila kes itu dikesan di Wuhan pada Disember tahun lalu.

"Tujuh bulan kami bekerja keras untuk memastikan dan mengelakkan penularan ini," katanya.

Beliau berkata, pasukan KKM terpaksa bekerja keras untuk empat bulan lagi.

"Seramai 250,000 pasukan petugas kesihatan mungkin akan kembali bekerja selama 20 jam sehari sekiranya kes kembali mendadak," katanya pada sesi libat urus bersama media di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 sekiranya kes kembali meningkat.

"Kalau jangkitan menular dalam komuniti dan tidak terkawal, kita akan bermasalah dan mungkin akan kembali ke PKP atau PKPB," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam sesi itu, Dr Noor Hisham mengingatkan masyarakat untuk patuh prosedur operasi standard (SOP) Aidiladha semasa menyambut perayaan itu Jumaat ini.

"Semasa Hari Raya Aidilfitri lepas, kita kawal sempadan (PKP) dan kita harap masa Hari Raya Aidiladha ini tiada peningkatan kes secara mendadak," katanya.