Muhyiddin adakan pertemuan dengan ahli Parlimen PN

Muhyiddin adakan pertemuan dengan ahli Parlimen PN di bangunan Parlimen hari ini.
Muhyiddin adakan pertemuan dengan ahli Parlimen PN di bangunan Parlimen hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengadakan perjumpaan tertutup dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Parlimen hari ini.

Difahamkan perjumpaan yang berlangsung kira-kira sejam itu diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditemui mengesahkan mengenai perjumpaan tersebut.

Beliau memberitahu, pelbagai perkara dibincangkan dalam perjumpaan tersebut.

Ahmad Maslan bagaimanapun enggan memperincikan lebih lanjut mengenai perkara yang dibincangkan itu.

"Kami bincang macam-macam, tapi satu pun tak boleh bagitahu media," katanya.

Ditanya lebih lanjut sama ada pertemuan itu turut membincangkan mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ahmad enggan mengulas lanjut.

"Macam-macam (dibincangkan)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.