Polis Perak beri jaminan PRK Slim lancar, patuhi SOP

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Polis Perak memberi jaminan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang dijadualkan Ogos depan berjalan lancar terutama dari segi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, keanggotaan dan keperluan logistik berada dalam keadaan siap siaga dan mencukupi bagi memastikan proses PRK bermula hari penamaan calon, tempoh kempen dan hari mengundi berlangsung dalam keadaan selamat.

"Kita sudahpun mengadakan lawatan ke semua pusat daerah mengundi yang ada di kawasan DUN Slim.

"Latihan termasuk latihan dalam perkhidmatan (LDP) dan kursus yang dijalankan anggota juga menjurus kepada PRK dan Pilihan Raya Umum (PRU).

"Jadi dari segi persediaan, memang kita dah bersedia untuk pastikan PRK lancar dan selamat, sekurang-kurangnya prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi bagi mengelak wujudnya penularan baru wabak koronavirus (Covid-19)," katanya.

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib daripada Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 Ogos sebagai hari penamaan calon diikuti pengundian awal pada 25 Ogos dan pengundian sebenar pada 29 Ogos.

Artikel Berkaitan: