Sila log masuk terlebih dahulu.

Budak Sekolah Pun Ada Stres?

29 Julai 2020 | Wacana
A
A
A

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan satu daripada lima remaja berusia 13 hingga 17 tahun mengalami kemurungan, dua daripada lima pula mengalami keresahan dan satu daripada 10 berdepan dengan stres.

Justeru jangan ingat anak-anak kita yang masih bersekolah tidak ada perasaan tertekan!

Apa punca mereka stres? Bagaimana dan siapa bertanggungjawab untuk memastikan tingkah laku mereka terkawal?

Ikuti Wacana Siri 183 pada 28 Julai 2020, Selasa jam 8.30 malam.