RM90 biayai perbelanjaan PATI sehari

Kerajaan menempatkan PATI di depot untuk perlindungan sementara dan beri bantuan sesuai membabitkan kos RM90 sehari
Kerajaan menempatkan PATI di depot untuk perlindungan sementara dan beri bantuan sesuai membabitkan kos RM90 sehari
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan kira-kira RM90 sehari untuk setiap pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan kerana menceroboh negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, perbelanjaan itu meliputi makanan, ubat-ubatan dan pakaian.

Menurutnya, peruntukan tersebut diberikan bagi memastikan hak asasi PATI tersebut dipelihara.

"Semasa koronavirus (Covid-19), kerajaan menghalang kemasukan PATI dan memastikan sempadan negara tidak dimasuki pelarian sama ada dari Myanmar atau negara lain.

"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memantau perairan, namun mereka tidak mengusir secara keras pendatang tapi memberi bantuan makanan dan kesihatan kepada mereka sebelum diminta keluar dari perairan Malaysia," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa melarang pelarian Rohingya daripada mendarat di perairan Langkawi baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, meskipun Malaysia tidak menandatangani Protokol Status Pelarian 1967 ayau Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951, namun bantuan diberikan atas dasar kemanusiaan.

"Apabila mereka mendarat, kita letakkan di depot untuk perlindungan sementara dan beri bantuan sesuai, kosnya RM90 sehari termasuk makanan, pakaian dan pemeriksaan kesihatannya," katanya.

Artikel Berkaitan: